4 USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA
USAHAWAN PERTAMA
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion dan menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.
USAHAWAN KEDUA
T Ananda Krishnan
Siapa yang tak kenal nama T Ananda Krishnan?
Mungkin ada juga yang tak pernah dengar nama usahawan berjaya dan juga orang
kaya nombor dua Malaysia itu, tapi kebanyakannya hanyalah mereka yang tidak
terdedah kepada pembangunan dan maklumat semasa.
Di negara mana-manapun akan ada manusia yang paling kaya. Itu sekadar
ukuran harta benda anugerah Tuhan buat sementara untuk manusia sementara dia
masih hidup.
Bagi mereka yang ada impian nak jadi orang kaya, sedikit sebanyak perlu
ambil tahu juga keadaan padang yang mereka mahu bermain. Pemainnya juga perlu
diperhatikan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang boleh dipelajari.
Sekurang-kurangnya dengan mengatahui mereka ang ada dalam padang itu, kita
dapat sedikit gambaran akan permainannya. Berikut saya berikan sedikit fakta
ringkas berkenaan usahawan berjaya tersebut.
- Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938.
- Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields.
- Jumlah duit dalam poketnya dianggarkan dalam lingkungan RM32 Billion!
- Ananda mula buat duit pada awalnya adalah dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Dari situ dia terbang tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga.
- Uniknya Ananda Krishnan ini adalah, dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya!.
- Syarikat utamanya di Bursa Saham adalah, Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiganya mencecah nilai pasaran RM81.48 Billion.
- Sebagai usahawan dia merasakan nikmat kejayaan dan juga padah kegagalan. Namun kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.
- Antara skandal besar yang sedang melandanya adalah transaksi perniagaan di luar negara terutamanya di India dan juga di Indonesia. Kedua-dua masalah tersebut masih menghantuinya sehingga sekarang dan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.
- Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua.
- Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami buddha di Thailand.
- Anak perempuannya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya.
- Seorang lagi anak perempuannya pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tak berminat dengan perniagaan bapanya.
- Kesemua perniagaannya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang terdiri dari mereka yang berkaliber dan hebat. Kemungkinan besar merekalah yang akan mengambil alih sebagai peneraju empayar Ananda Krishnan selepas ini. Calon yang menjadi sebutan ialah Brahmal Vasudevan.
Begitulah serba sedikit fakta berkenan orang kaya nombor dua negara kita. Seorang usahawan berjaya yang asalnya bersekolah di Sekolah Tamil sahaja dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Harvard. Jika pelajar sekolah Tamil boleh jadi macam itu, maknanya sekolah pondok lebih-lebihlah lagi berupaya mencapai kejayaan yang sama.
Satu lagi fakta menarik yang boleh kita lihat adalah betapa beliau tidak
menguruskan semua perniagaannya secara terus sebaliknya melepaskan pada
beberapa individu profesional yang cukup berkaliber. Anda tak perlu glamour dan
ke depan untuk muncul juara dalam perniagaan. Cukup hanya berada di sebalik
tabir.
USAHAWAN KETIGA
Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Tan Sri Anthony
Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Kini beliau
berusia umur 47 tahun. Bapanya bernama Stephen Edward Fernandes manakala ibunya
bernama Ena Dorothy Fernandez. Pada usia muda, Tony selalu mengikuti ibunya
seorang pengusaha kepada pihak peniaga Tupperware dan konvensyen. Beliau
mendapat pendidikan di Epsom College 1977 hingga 1983 dan kemudian lulus dari
London School of Economics pada tahun 1987. Beliau bekerja sebentar dengan
Virgin Atlantic sebagai seorang juruaudit, kemudiannya menjadi pengawal
kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di London dari 1987 hingga 1989.
Tony telah diterima
sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) pada tahun 1991 dan
menjadi Ahli Fellow pada tahun 1996. Apabila beliau pulang ke Malaysia, beliau
menjadi pengarah termuda Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Walaupun
seorang akauntan, Fernandes merupakan gitaris amatur dan juga telah mencapai
gred 8 piano yang mana kecenderungan muzik kelihatan. Beliau bertanggungjawab
untuk merevolusikan muzik etnik, nasyid dan dangdut, membawa mereka ke dalam
arus perdana Malaysia kontemporari muzik.
Beliau kemudiannya
menjadi naib presiden serantau Asia Tenggara serantau bagi Kumpulan Warner
Music dari 1992 hingga 2001. Apabila Time Warner Inc mengumumkan penggabungan
dengan America Online Inc., Fernandes meninggalkan untuk mengejar impiannya
untuk memulakan satu syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih. Walau
bagaimanapun, permohonannya untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan Malaysia
telah ditolak.
Beliau Eksekutif
Kumpulan Occupation Ketua Pegawai atau Pengarah of AirAsia Berhad dan pengasas
Tune Group Sdn Bhd atau Pengerusi QPR Holdings Bhd. Dengan slogan
"Sekarang semua orang boleh terbang". Beliau naik ke puncak dengan
mengubah Air Asia. Beliau pengasas Tune Air Sdn. Bhd, yang memperkenalkan
perkhidmatan syarikat penerbangan bajet pertama AirAsia kepada rakyat Malaysia.
Daripada syarikat gagal penerbangan komersial, ke dalam syarikat bajet yang
sangat berjaya air line tersenarai. Fernandes juga memainkan peranan penting
dalam memujuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada
pertengahan tahun 2003, untuk mencadangkan idea perjanjian langit terbuka
dengan negara jiran Thailand, Indonesia, dan Singapura. Hasilnya, negara-negara
ini telah diberi hak pendaratan kepada AirAsia dan diskaun penerbangan lain.
Tony Fernandes
mengasaskan Tune Air Sdn Bhd pada tahun 2001, dengan wawasan untuk menjadikan
perjalanan udara lebih mampu kepada rakyat Malaysia. Dengan itu dalam fikiran,
Tony dan tiga orang rakan-rakan beliau telah membelikan AirAsia dari pemilik
DRB-Hicom. Projek awal Tune Air kepada AirAsia merombak ke dalam tambang yang
rendah, tiada syarikat penerbangan tambang selepas syarikat penerbangan tambang
rendah yang berjaya seperti Southwest Airlines yang berpangkalan di AS dan
berasaskan Dublin Ryanair dan mewujudkan produk penerbangan baru di Malaysia.
Di bawah kepimpinan
Tony, syarikat penerbangan fledging dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan
yang berkembang. Syarikat penerbangan itu dibayar balik semua hutang dan telah
berada dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasi. Dalam
kurang dari 3 tahun, AirAsia meningkatkan dari 2 Boeing sederhana 737-300
kepada 30 dan kini beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa
setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.
Di bawah sayap,
AirAsia telah merevolusikan industri perjalanan udara di Malaysia dan merintis
fenomena kos rendah di Asia. Pada tahun 2004, AirAsia telah membentuk usaha
sama berjaya di Thailand dan Indonesia di mana AirAsia memegang 49% kepentingan
dalam kedua-dua syarikat.
Pada tahun 2010,
Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes iaitu sebanyak $ 330 juta dan
ranking beliau di nombor 19 dalam senarai Forbes terkaya di Malaysia.
USAHAWAN KEEMPAT
Dato' Haji Ramly Bin
Mokni
Ramly Mokni merupakan
seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam
bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh
usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati
dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan
halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan
hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual
burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping
sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini
mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian
beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota
pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal
haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan
sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang
dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau
tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat
dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan
simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan
dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat
penting.
Beliau juga mengakui
bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya
isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah
mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping
itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu
barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan
keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan
ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya
dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik.
Burger Ramly merupakan
produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan
segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai
makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke
Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk
Singapura.
Ramly Food Processsing
adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk
makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger,
nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun
1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap
dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih
dan bermutu.
Kini syarikat ini
telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun
Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan
menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke
pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia
dan bakal ke taraf antarabangsa.
1 comments:
bye
Post a Comment